Resepi : Nasi Goreng

by - 20.7.15

Assalammualaikum!




Nak cepat ni...so..image
image Bahan:

image 1 mangkuk nasi sejuk
image 2 pokok sawi - dibersihkan dan dipotong 1 inci 
image Sedikit kobis - di bersihkan dan dipotong nipis
image 2 biji telur
image 2 sudu makan cili kering kisar
image 1 sudu makan kicap lemak masin
image Sedikit garam dan serbuk perasa
SEMUA BAHAN DIBAWAH HARUS DITUMBUK BERSAMA:image
image 2 ulas bawang putih
image 1 biji bawang besar
image 2 sudu makan ikan bilis

image Cara:
  Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan cili kisar.
  Masukkan garam dan serbuk perasa. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
  Masukkan sayur-sayuran. Gaul rata hingga kobis agak layu.
  Masukkan nasi sejuk. Gaul rata.
  Masukkan kicap. Gaul rata.
  Ketepikan nasi ke satu sisi kuali. Pecahkan telur di satu sisi kuali yg tiada nasi. Kacau telur                 hingga hancur dan telur jadi scramble. 
  Gaul telur dengan nasi goreng hingga rata.
  Perlahankan api dan gaul nasi sekali sekala untuk 5 minit lagi.
  Tutup api dan hidangkan.

You May Also Like

0 ulasan