Baru Habis SPM 2016 :D!

by - 8.12.16

Assalammualaikum.


Uhuk! Uhuk!
Dah berhabuk dah blog ni selepas sekian lama diri ini menyepi.
Saya menyepi sebab saya sibuk dengan urusan sekolah sebab tahun ni baru ambil SPM. Sepanjang satu tahun ni banyak benda yang jadi.

Banyak amat.
Saya diduga dengan macam2 untuk tahun ni.

Dugaan paling besar adalah apabila api dalam sekam dalam darah daging sendiri.
Saya malas nak cerita orang2 tu sebab saya masih nak hormat mereka.
Saya cuma boleh cakap, kalau orang biadap dengan mak saya, saya takkan boleh maafkan.
Apa-apa pun...*julingkan mata sambil mengeluh☁💙😒
Perkara paling besar jadi ialah...

Perginya Ayah yang tercinta.
Saya tak nak mention nama abah saya sebab saya suka rahsia kan identiti saya.
cuma boleh minta sedekah kanlah Alfatihah buatnya.

Aik, boleh ke Al fatihah tak tahu namanya....hahah...
saya minta maaf sangat2. memang tak boleh bagitau.

Abah pergi 14/8/16, waktu zohor.
abah saya ni boleh saya kata macam budak2 jugak sebab kadang2 dia suka main2, kadang2 dia garang, kadang2 tak cakap apa pun.
Namun.
Abah saya...saya kena akui dia orang yang baik dan penyayang.
boleh dikatakan cuma 1/4 perkara dalam diri abah yang saya tak suka.
Saya anak perempuan pertama dia.
yang paling dia manjakan.

Masa tengok mayat abah diusung, diiring dengan melodi tangisan, sedakkan, dan kehilangan,
saya tak tahu kenapa saya kalau boleh tak nak nangis. Sebab saya tahu kalau abah ada time tu,
dia akan gelakkan saya, 'Eleh, nangis..*tangan dia akan gosok muka ni macam ahli gusti'

Saya anak abah,
Saya tahu apa suka dia, apa sikap dia.
macam mana dia berubah, macam mana dia marah, macam mana dia suka seloroh.
Saya tahu.
Kalau ada orang cakap saya tak sayang abah,
Percayalah menfitnah tu dasyat balasan nya di api neraka nanti.

hahah

Genap 2 bulan berapa hari dah, abah pergi.
Mak takkan lupa bawak saya gi kubur abah bila balik sekolah.

Mak pun sayang abah.❤
Abah pun sayang mak.❤
Kami adik beradik sayang mak dan abah.❤♡
Allah nak uji.

Mak abah diuji,
Tapi Tuhan tak nak sesiapa menang. Sesungguh Dia Maha Mengetahui.

Kalau sesiapa nak pertikaikan ni, sedarlah. insaflah. Tanya hati ni kami punya, awak siapa?

Jangan ditambah arang dalam ketika api menyala.

Tak Tahu apa, Kau tak ada Masa tu kan? Diam dan jangan nak menghakimi. Kami uruskan sendiri. Cukuplah dengarkan. jangan tambahkan masalah.


You May Also Like

0 ulasan