Resepi : Jajangmyeon Kampung Style 2 | lebih mudah, halal dan cepat! | black bean noodles HALAL MY

by - 10.12.16

Assalammualaikum...


Hari ni saya tertengok orang ramai kat Youtube buat Mukbang bagai.
Saya kena akui hidangan yang saya nak bagitau ni, mesti ramai yang nak buat. 
Kali terakhir yang saya tulis pasal resepi ni, nampak agak susah.

Jadi,

kali ni saya akan tunjukkan cara yang lebih mudah XD

Lepas melihat banyak eksperimen untuk jadikan masakan// hidangan ini nampak lagi mudah terutamanya orang kampung macam saya ni..
Saya dah jumpa satu resepi baru yang ternyata
MUDAH . RINGKAS . LAZAT . HALAL

Mari2 :

BAHAN :

1. Bawang Besar *kalau yang warna putih lebih baik sebab maniskan? [ 1 biji ] // Bawang Merah [ 5 biji ] , Bawang putih [ 3 biji ] | dipotong petak

2. Terung // Zukini [ 1 biji ] , Kobis [ ikut banyak nak ], Kentang [ 2 biji ] | dipotong petak 

3. Ayam // Makanan Laut // Daging [ 1 ekor // ikut sendiri // 1 mangkuk besar ] | bahagian lemak dibuang, dipotong kecil2

4. Pes kacang hitam (recommended) // Kicap Manis Pekat [ 2 sudu besar ]  | untuk pes kacang hitam tu....dia rasa macam ala2 taucu kalau kat pasaraya cari kat 'oriental section'.

5. Air [ 2 cawan , Ikut citarasa - kalau nak pekat 2 cawan cukup]
6. Gula [ 1 sudu besar ]
7. Mi Segar // Mi Telur // Spagetti // apa sahaja anda suka [ 1 paket ]

8. Tepung jagung// tepung kentang [ 2 sud.u ] + Air [ 4 sudu ] | dicampur lalu digaul sebati
9. Minyak

Tips: Boleh dimakan dengan sayur sampingan seperti jeruk, lobak , mangga 

CARA :
  • Rebuskan Mi sehingga lembut. Diletak tepi dahulu.
  • Sediakan kuali dengan minyak , bila panas, gorengkan ayam // ML // Daging terlebih dahulu hingga ranggup 
  • Masukkan sayur2 yang dipotong petak tadi kedalam kuali bersama ayam tadi.Gaul hingga goreng sayur tu lalu masukkan air. Tutupkan kuali.
  • Sementara itu, sediakan lagi satu kuali dan panaskan minyak untuk goreng pes kacang hitam tu dalam beberapa minit ! jangan lama2, sekejap saja! Tutupkan apinya.
  • Buka penutup kuali yang ada sayur2 tadi, kalau sayur dah empuk, masukkan pes kacang hitam dan kacau.
  • Masukkan perasa [ kiub ayam pun boleh ], garam , gula ikut kemahuan. Masukkan sekali bahan [8] ikut kepekatan yang dikehendak.
  • Biarkan didih. Tutup api bila sudah didih. 
  • Letak mi atas pinggan dan tuangkan kuah tadi...SIAP! ☺☕
Tips : Makan dengan telur atau makanan sampingan (hot dog, tauhu), ikan bilis dan kacang pun sedappppp!
Tahukah?  anda boleh makan kuah tu atas nasi jugak sedap....
this pic is belong to Maangchi
Sila lah menikmatinya.

Assalammualaikum...





You May Also Like

0 ulasan